Wednesday, September 8, 2010

Renungan Sebelum Raye



 Doa Naik Kenderaan Semasa nak balik Kampung , Amalkan Setiap kita naik kenderaan Jgn Tunggu Nak Balik Raye Je Ye.....( Dpt masa bayar fitrah kat Masjid Jamek semalam)

Hari ni 29 Ramadhan, maknanya esok atau lusa nak rayelah.......maka sibuklah kita bersiap-siap untuk buat persiapan, Dan yang paling gumbira bila nak balik kampung jumpa Ibubapa kita, nak cium pipi dan tangan mereka.
Dipetik dari 'Abdullah bin Amar bin Ash dari Nabi SAW sabda:
" Keredhaan Allah pada keredhaan Ibubapa dan Kemurkaan Allah pada kemurkaan ibubapa"
Membuat ibubapa kita murka adalah HARAM. maka saya sangat dukacita dan menyerulah kepada ibubapa kiranya anaknya ada buat kesilapan cuba lapangkan hati maafkan, kalau tak kesian ibadatnya yang dilakukan sepanjang Ramadhan yang mubarak tempuh hari, Sianak cuba-cubalah  pujuk orang tua kita yang dah terluka.  Itu lah kisah "SURGA RAMADHAN" di TV3 wajar jadikan panduan...tahniah menggarap cerita serupa itu. Saya ada dengar dalam satu rancangan Radio ,pemanggil bertanya ustaz tentang kisahnya yang sangat menyayat hati bilamana dia telah berusaha dengan berbagai cara untuk cuba memenangi hati siibu namun gagal. Dan ustaz menasihatkan agar tidak berputus asa sambil berdoa kepada Allah.
Saya pasti ada dikalangan kita yang merajuk kpd ibubapa lantaran mereka ada yang bersikap tidak adil, antaranya melebihkan anak yang seorang dgn yang lain..mungkin tentang pembahagian harta pusaka atau apa-apa pun....Kita kena ingat takkan SURGA yang begitu tinggi nilainya hendak dibandingkan harta benda dunia...

SELAMAT ....Hari RAya  Maaf  Zahir  Batin.. (BILA dah raye  nanti ..sekarang puasa lagi tau...) Malam ni Terawih lagi ke...Entah...Jgn biarkan Masjid Kosong. Kalau Raye bertakbirlah....kan

IBUBAPA....... Wahai ibubapa tolong maafkan anak-anak ... dia org tu pun buat kesalahan kerana tersalah ajaran dari kita kut...atau kita yang tak adil...atau pun itu takdir Allah. Apa pun berlapang dada ye....kesihan anak kita.

AnAK2......... Ingat  SURGA DITAPAK KAkI IBU.....jgn tukar dengan dunia atau sabarlah dgn kerenah ibubapa kita...itu dugaan ALLAH..Ujian. surga tu bukan murah memang banyak ujian...Jangan kau kira dah beriman sebelum kamu di uji.

No comments:

Post a Comment