Friday, September 24, 2010

Mana Milik Kita.

Mana milik kita?

Tidak ada milik kita

Semua yang ada

Allah yang punya

Tidak ada kita punya

Kita hanya mengusahakan saja

Apa yang kita dapat

Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya

Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja

Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya

Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan

Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong

Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu

Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah

Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah

Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga

Apa yang ada pada kita

Kalau Allah tidak beri

Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit

Mengungkit jasa kita

Jasa kita di sisi-Nya

Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur

Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah

Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu

Untuk khidmat kepada-Nya

Selepas itu lupakan saja

Agar tidak mengungkit-ungkitnya


Mana Milik Kita; sebuah lagu yang asalnya dibawakan oleh kumpulan Nadamurni dan kini didendangkan semula oleh kumpulan Rabbani, adalah sebuah lagu yang cukup menginsafkan sesiapa sahaja yang mendengarnya, Moga kita dapat manafaat ...AlFatihah untuk Allahyarham ustaz Asri.

Thursday, September 23, 2010

Pesanan Ustaz Hj Mohammed Ghazali b. Hj Hamzah,

Bacalah Al-Quran dengan ikhlas, kelak dengan izin Allah akan turunlah rahmah,

sakinah (ketenangan) dan assyifa’ (kesembuhan).


Elakkan :

Prejudis / bersangka-sangkaan

Mencari kelemahan orang lain

Mengata orang / memfitnah


Sentiasalah berusaha untuk mencapai ehsan (rasa Allah sentiasa nampak kita)

Tunaikan segala hak tetamu – makan minum, pakaian, tempat tidur,

kelengkapan mandi dan lain-lain.

Untuk mencapai kejayaan 
sikap
strategi
kemahiran
 mestilah diperbetulkan dan laksanakanlah usaha sedaya upaya dengan ikhlas kerana Allah

Cintai Nabi SAW sesungguh-sungguhnya dengan cara :
Perbanyakkan bersalawat ke atas baginda
Amalkan, ikut sunnah baginda dalam rutin harian kita umpamanya
sentiasa membawa sikat, cermin dan kayu sugi

Jangan sekali-kali mempermainkan sunnah kerana dikhuatiri akan gugur iman
dan keislaman kita.

Ciri-ciri umat Nabi SAW :

Sangat keras dengan orang kafir (yang memudaratkan Islam)

Berkasih sayang kerana Allah

Tidak pernah meninggalkan perintah Allah

Hidup dan mati hanya kerana Allah

Moga ALLAH terus memberi kekuatan pada Ustaz terus berdakwah dan berkarya..Amin...Amin

Monday, September 20, 2010

Renungan Selepas Raye







Pejam celik pejam celik dah 11 Syawal kan ,jadi dah 11 hari kite rayekan, kalau kat ofis sambutan hari raya baru nak bermulakan...Yalah baru masuk kerja kan...kan??

Walau apa pun  biasalah ribuan kemaafaan dipinta kiranya sepanjang kita bersua,berbicara, berurusan ada yang pastinya menyinggong perasaan....terbuku dihati..terlepas cakap ke ape-ape ke kan..al maklumlah Saya insan yang lemah.

Rasanya sepanjang Ramadhan & Syawal tahun ini banyak peristiwa yang menggemparkan...menyayat hati kita sebagai seorang insan yang berada dibumi bernama Malaysia... kita telah merdeka lebih 50 tahun tapi inikah yang kita dapat hasil dari tempoh tersebut.. Kes bunuh menjadi-jadi hingga menengelamkan kes buang bayi..dan kita melupakan peristiwa  penyembelihan di Sabra, Shatila di kem pelarian Palestin.

Jadi saya kira ayuh kita kembali kepada Alquran dan hadis....... kita muhasabah diri masing-masing..... jangan kita terlena dengan kata-kata " kita beruntung hidup dibumi bertuah Malaysia yang jauh dari malepetaka saperti banjir di China, gempa bumi atau gunong berapi di Indonesia dan lain bencana di seluruh dunia..INGAT lah sekiranya ALLAH hendak menurunkan bala hanya sekelip mata saja boleh berlaku...

Renung...renungkan lah wahai penduduk Malaysia.....rakyat Malaysia....

Wednesday, September 8, 2010

Renungan Sebelum Raye



 Doa Naik Kenderaan Semasa nak balik Kampung , Amalkan Setiap kita naik kenderaan Jgn Tunggu Nak Balik Raye Je Ye.....( Dpt masa bayar fitrah kat Masjid Jamek semalam)

Hari ni 29 Ramadhan, maknanya esok atau lusa nak rayelah.......maka sibuklah kita bersiap-siap untuk buat persiapan, Dan yang paling gumbira bila nak balik kampung jumpa Ibubapa kita, nak cium pipi dan tangan mereka.
Dipetik dari 'Abdullah bin Amar bin Ash dari Nabi SAW sabda:
" Keredhaan Allah pada keredhaan Ibubapa dan Kemurkaan Allah pada kemurkaan ibubapa"
Membuat ibubapa kita murka adalah HARAM. maka saya sangat dukacita dan menyerulah kepada ibubapa kiranya anaknya ada buat kesilapan cuba lapangkan hati maafkan, kalau tak kesian ibadatnya yang dilakukan sepanjang Ramadhan yang mubarak tempuh hari, Sianak cuba-cubalah  pujuk orang tua kita yang dah terluka.  Itu lah kisah "SURGA RAMADHAN" di TV3 wajar jadikan panduan...tahniah menggarap cerita serupa itu. Saya ada dengar dalam satu rancangan Radio ,pemanggil bertanya ustaz tentang kisahnya yang sangat menyayat hati bilamana dia telah berusaha dengan berbagai cara untuk cuba memenangi hati siibu namun gagal. Dan ustaz menasihatkan agar tidak berputus asa sambil berdoa kepada Allah.
Saya pasti ada dikalangan kita yang merajuk kpd ibubapa lantaran mereka ada yang bersikap tidak adil, antaranya melebihkan anak yang seorang dgn yang lain..mungkin tentang pembahagian harta pusaka atau apa-apa pun....Kita kena ingat takkan SURGA yang begitu tinggi nilainya hendak dibandingkan harta benda dunia...

SELAMAT ....Hari RAya  Maaf  Zahir  Batin.. (BILA dah raye  nanti ..sekarang puasa lagi tau...) Malam ni Terawih lagi ke...Entah...Jgn biarkan Masjid Kosong. Kalau Raye bertakbirlah....kan

IBUBAPA....... Wahai ibubapa tolong maafkan anak-anak ... dia org tu pun buat kesalahan kerana tersalah ajaran dari kita kut...atau kita yang tak adil...atau pun itu takdir Allah. Apa pun berlapang dada ye....kesihan anak kita.

AnAK2......... Ingat  SURGA DITAPAK KAkI IBU.....jgn tukar dengan dunia atau sabarlah dgn kerenah ibubapa kita...itu dugaan ALLAH..Ujian. surga tu bukan murah memang banyak ujian...Jangan kau kira dah beriman sebelum kamu di uji.

Monday, September 6, 2010

Riak

Riya ' , suatu penyakit hati yang tidak asing lagi kita dengar . Bahaya riya ' selalu menyerang kepada seseorang yang melakukan ibadah atau aktiviti tertentu.Penyakit ini termasuk jenis penyakit yang sangat berbahaya kerana bersifat lembut ( samar - samar ) tapi sangat luar biasa. Bersifat lembut kerana masuk dalam hati secara halus sehingga kebanyakan orang tak merasa kalau telah diserang penyakit ini . Dan nampak luar biasa, kerana bila suatu amalan dijangkiti penyakit riya ' maka amalan itu tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wata'ala dan pelakunya mendapat ancaman keras dari Allah subhanahu wata'ala . Oleh kerana itu Nabi shalallahu ' alaihi wasallam sangat bimbang apabila penyakit ini menimpa umatnya . Nabi shalallahu ' alaihi wasallam bersabda : " Sesungguhnya yang paling ditakutkan dari apa yang saya takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar ( syirik kecil ) , maka para Sahabat bertanya , apa yang dimaksudkan dengan asy syirkul ashghar ? Beliau shalallahu ' alaihi wasallam menjawab : " Ar- Riya ' . " ( HR. Ahmad dari Sahabat Mahmud bin Labid no . 27742 )

Arriya ' asal dari kata kerja raa yang bermakna memperlihatkan . Sedangkan yang dimaksudkan dengan riya ' adalah menunjukkan ( memperbagus ) suatu amalan ibadah tertentu seperti solat , shaum (puasa ) , atau lain dengan tujuan agar mendapat perhatian dan pujian manusia . Semakna dengan riya ' adalah sum'ah iaitu memperdengarkan suatu amalan ibadah tertentu yang sama tujuannya dengan riya ' iaitu supaya mendapat perhatian dan pujian manusia . Para pembaca yang mulia , perlu diketahui bahawa segala amalan itutergantung pada niatnya . Bila suatu amalan itu diniatkan lkhlas kerana Allah subhanahu wata'ala , maka amalan itu akan diterima oleh Allah subhanahu wata'ala . Begitu juga sebaliknya , bila amalan itu diniatkan agar mendapat perhatian , pujian , atau ingin mendapatkan sesuatu dari urusan duniawi , maka amalan itu tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wata'ala . Rasulullah shalallahu ' alaihi wasallam bersabda : " Sesungguhnya amalan itu bergantung pada niatnya , dan sesungguhnya amalan seseorang itu akan dibalas sesuai dengan apa yang ia niatkan . " ( Muttafaqun ' alaihi ) Ibadat merupakan hak Allah subhanahu wata'ala yang bersifat mutlak . Bahawa ibadah itu murni untuk Allah subhanahu wata'ala , tidak boleh dicampuri dengan niatan lain selain untuk-Nya . Sebagaimana peringatan Allah subhanahu wata'ala dalam firman - Nya ( artinya ) : " Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ( ikhlas ) ketaatan kepada - Nya dalam ( menjalankan ) agama yang lurus , dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat ; dan yang demikian Itulah agama yang lurus . " ( Al- Bayyinah : 5 )

Wednesday, September 1, 2010

22 Ramadhan 1431 Hijrah



...........................................................

1 September merupakan hari yang ke 244(hari 245 dalam tahun lompat) dalam kalender gregory dan hari ke 22 Ramadhan(hari yang ke 262 dalam kalender hijrah). Maknanya kita telah berpuasa selama 21 hari dengan jayanya. Sekarang kita dalam fasa 10 terakhir Ramadhan Oh ya..... tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita...dan masih ada kesempatan tak agaknya kita bertemu Ramadhan yang akan datang (1432 Hijrah) hanya takdir tuhan yang menentukan.