Tuesday, November 9, 2010

SOLAT

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan ) keji dan munkar. Dan sesungguhnya mengingat ALLAH (solat) adalah lebih besar keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lainnya. Dan ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan"

(Al-Ankabut 29:45)



Tuesday, October 12, 2010

Fatamorgana


Gunong ganang berterbangan dan berubah menjadi fatamorgana,
bukit tergelincir drp tempatnya dan debunya bertaburan ditiup angin
sedang org yg melihat kejadian itu melihatnya berubah bagaikan fatamorgana.
(al-Naba' 78:20)
Apabila bumi di goncangkan sedasyat-dasyatnya, dan gunong-ganang dihancur-luluh
sehancur-hancurnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan (alWaqiah 56:4-6)

Tak cukupkah dua ayat diatas sebagai  ingatan kita agar kita gerun..apabila sampai
masanya nanti..... Allah berkuasa menhancurkan dunia ini.....kalau gunong yang menjadi pasak boleh hancur dan berterbangan menjadi debu...bagaimana manusia yang sekecil hama
ini..bagaimana ia akan jadi.... Lihat tak bas yang berlanggar dilebuhraya plus... bagaimana
ia terbang....macamana manusia didalamnya...itu pun dah ngerikan? jadi......
Fikir-fikirkan lah saudara-saudara ku....
moga kita ambil iktibar dan panduan
untuk pendoman dan ingatan kita semua.

Friday, September 24, 2010

Mana Milik Kita.

Mana milik kita?

Tidak ada milik kita

Semua yang ada

Allah yang punya

Tidak ada kita punya

Kita hanya mengusahakan saja

Apa yang kita dapat

Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya

Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja

Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya

Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan

Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong

Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu

Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah

Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah

Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga

Apa yang ada pada kita

Kalau Allah tidak beri

Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit

Mengungkit jasa kita

Jasa kita di sisi-Nya

Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur

Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah

Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu

Untuk khidmat kepada-Nya

Selepas itu lupakan saja

Agar tidak mengungkit-ungkitnya


Mana Milik Kita; sebuah lagu yang asalnya dibawakan oleh kumpulan Nadamurni dan kini didendangkan semula oleh kumpulan Rabbani, adalah sebuah lagu yang cukup menginsafkan sesiapa sahaja yang mendengarnya, Moga kita dapat manafaat ...AlFatihah untuk Allahyarham ustaz Asri.

Thursday, September 23, 2010

Pesanan Ustaz Hj Mohammed Ghazali b. Hj Hamzah,

Bacalah Al-Quran dengan ikhlas, kelak dengan izin Allah akan turunlah rahmah,

sakinah (ketenangan) dan assyifa’ (kesembuhan).


Elakkan :

Prejudis / bersangka-sangkaan

Mencari kelemahan orang lain

Mengata orang / memfitnah


Sentiasalah berusaha untuk mencapai ehsan (rasa Allah sentiasa nampak kita)

Tunaikan segala hak tetamu – makan minum, pakaian, tempat tidur,

kelengkapan mandi dan lain-lain.

Untuk mencapai kejayaan 
sikap
strategi
kemahiran
 mestilah diperbetulkan dan laksanakanlah usaha sedaya upaya dengan ikhlas kerana Allah

Cintai Nabi SAW sesungguh-sungguhnya dengan cara :
Perbanyakkan bersalawat ke atas baginda
Amalkan, ikut sunnah baginda dalam rutin harian kita umpamanya
sentiasa membawa sikat, cermin dan kayu sugi

Jangan sekali-kali mempermainkan sunnah kerana dikhuatiri akan gugur iman
dan keislaman kita.

Ciri-ciri umat Nabi SAW :

Sangat keras dengan orang kafir (yang memudaratkan Islam)

Berkasih sayang kerana Allah

Tidak pernah meninggalkan perintah Allah

Hidup dan mati hanya kerana Allah

Moga ALLAH terus memberi kekuatan pada Ustaz terus berdakwah dan berkarya..Amin...Amin

Monday, September 20, 2010

Renungan Selepas Raye







Pejam celik pejam celik dah 11 Syawal kan ,jadi dah 11 hari kite rayekan, kalau kat ofis sambutan hari raya baru nak bermulakan...Yalah baru masuk kerja kan...kan??

Walau apa pun  biasalah ribuan kemaafaan dipinta kiranya sepanjang kita bersua,berbicara, berurusan ada yang pastinya menyinggong perasaan....terbuku dihati..terlepas cakap ke ape-ape ke kan..al maklumlah Saya insan yang lemah.

Rasanya sepanjang Ramadhan & Syawal tahun ini banyak peristiwa yang menggemparkan...menyayat hati kita sebagai seorang insan yang berada dibumi bernama Malaysia... kita telah merdeka lebih 50 tahun tapi inikah yang kita dapat hasil dari tempoh tersebut.. Kes bunuh menjadi-jadi hingga menengelamkan kes buang bayi..dan kita melupakan peristiwa  penyembelihan di Sabra, Shatila di kem pelarian Palestin.

Jadi saya kira ayuh kita kembali kepada Alquran dan hadis....... kita muhasabah diri masing-masing..... jangan kita terlena dengan kata-kata " kita beruntung hidup dibumi bertuah Malaysia yang jauh dari malepetaka saperti banjir di China, gempa bumi atau gunong berapi di Indonesia dan lain bencana di seluruh dunia..INGAT lah sekiranya ALLAH hendak menurunkan bala hanya sekelip mata saja boleh berlaku...

Renung...renungkan lah wahai penduduk Malaysia.....rakyat Malaysia....

Wednesday, September 8, 2010

Renungan Sebelum Raye



 Doa Naik Kenderaan Semasa nak balik Kampung , Amalkan Setiap kita naik kenderaan Jgn Tunggu Nak Balik Raye Je Ye.....( Dpt masa bayar fitrah kat Masjid Jamek semalam)

Hari ni 29 Ramadhan, maknanya esok atau lusa nak rayelah.......maka sibuklah kita bersiap-siap untuk buat persiapan, Dan yang paling gumbira bila nak balik kampung jumpa Ibubapa kita, nak cium pipi dan tangan mereka.
Dipetik dari 'Abdullah bin Amar bin Ash dari Nabi SAW sabda:
" Keredhaan Allah pada keredhaan Ibubapa dan Kemurkaan Allah pada kemurkaan ibubapa"
Membuat ibubapa kita murka adalah HARAM. maka saya sangat dukacita dan menyerulah kepada ibubapa kiranya anaknya ada buat kesilapan cuba lapangkan hati maafkan, kalau tak kesian ibadatnya yang dilakukan sepanjang Ramadhan yang mubarak tempuh hari, Sianak cuba-cubalah  pujuk orang tua kita yang dah terluka.  Itu lah kisah "SURGA RAMADHAN" di TV3 wajar jadikan panduan...tahniah menggarap cerita serupa itu. Saya ada dengar dalam satu rancangan Radio ,pemanggil bertanya ustaz tentang kisahnya yang sangat menyayat hati bilamana dia telah berusaha dengan berbagai cara untuk cuba memenangi hati siibu namun gagal. Dan ustaz menasihatkan agar tidak berputus asa sambil berdoa kepada Allah.
Saya pasti ada dikalangan kita yang merajuk kpd ibubapa lantaran mereka ada yang bersikap tidak adil, antaranya melebihkan anak yang seorang dgn yang lain..mungkin tentang pembahagian harta pusaka atau apa-apa pun....Kita kena ingat takkan SURGA yang begitu tinggi nilainya hendak dibandingkan harta benda dunia...

SELAMAT ....Hari RAya  Maaf  Zahir  Batin.. (BILA dah raye  nanti ..sekarang puasa lagi tau...) Malam ni Terawih lagi ke...Entah...Jgn biarkan Masjid Kosong. Kalau Raye bertakbirlah....kan

IBUBAPA....... Wahai ibubapa tolong maafkan anak-anak ... dia org tu pun buat kesalahan kerana tersalah ajaran dari kita kut...atau kita yang tak adil...atau pun itu takdir Allah. Apa pun berlapang dada ye....kesihan anak kita.

AnAK2......... Ingat  SURGA DITAPAK KAkI IBU.....jgn tukar dengan dunia atau sabarlah dgn kerenah ibubapa kita...itu dugaan ALLAH..Ujian. surga tu bukan murah memang banyak ujian...Jangan kau kira dah beriman sebelum kamu di uji.

Monday, September 6, 2010

Riak

Riya ' , suatu penyakit hati yang tidak asing lagi kita dengar . Bahaya riya ' selalu menyerang kepada seseorang yang melakukan ibadah atau aktiviti tertentu.Penyakit ini termasuk jenis penyakit yang sangat berbahaya kerana bersifat lembut ( samar - samar ) tapi sangat luar biasa. Bersifat lembut kerana masuk dalam hati secara halus sehingga kebanyakan orang tak merasa kalau telah diserang penyakit ini . Dan nampak luar biasa, kerana bila suatu amalan dijangkiti penyakit riya ' maka amalan itu tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wata'ala dan pelakunya mendapat ancaman keras dari Allah subhanahu wata'ala . Oleh kerana itu Nabi shalallahu ' alaihi wasallam sangat bimbang apabila penyakit ini menimpa umatnya . Nabi shalallahu ' alaihi wasallam bersabda : " Sesungguhnya yang paling ditakutkan dari apa yang saya takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar ( syirik kecil ) , maka para Sahabat bertanya , apa yang dimaksudkan dengan asy syirkul ashghar ? Beliau shalallahu ' alaihi wasallam menjawab : " Ar- Riya ' . " ( HR. Ahmad dari Sahabat Mahmud bin Labid no . 27742 )

Arriya ' asal dari kata kerja raa yang bermakna memperlihatkan . Sedangkan yang dimaksudkan dengan riya ' adalah menunjukkan ( memperbagus ) suatu amalan ibadah tertentu seperti solat , shaum (puasa ) , atau lain dengan tujuan agar mendapat perhatian dan pujian manusia . Semakna dengan riya ' adalah sum'ah iaitu memperdengarkan suatu amalan ibadah tertentu yang sama tujuannya dengan riya ' iaitu supaya mendapat perhatian dan pujian manusia . Para pembaca yang mulia , perlu diketahui bahawa segala amalan itutergantung pada niatnya . Bila suatu amalan itu diniatkan lkhlas kerana Allah subhanahu wata'ala , maka amalan itu akan diterima oleh Allah subhanahu wata'ala . Begitu juga sebaliknya , bila amalan itu diniatkan agar mendapat perhatian , pujian , atau ingin mendapatkan sesuatu dari urusan duniawi , maka amalan itu tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wata'ala . Rasulullah shalallahu ' alaihi wasallam bersabda : " Sesungguhnya amalan itu bergantung pada niatnya , dan sesungguhnya amalan seseorang itu akan dibalas sesuai dengan apa yang ia niatkan . " ( Muttafaqun ' alaihi ) Ibadat merupakan hak Allah subhanahu wata'ala yang bersifat mutlak . Bahawa ibadah itu murni untuk Allah subhanahu wata'ala , tidak boleh dicampuri dengan niatan lain selain untuk-Nya . Sebagaimana peringatan Allah subhanahu wata'ala dalam firman - Nya ( artinya ) : " Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ( ikhlas ) ketaatan kepada - Nya dalam ( menjalankan ) agama yang lurus , dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat ; dan yang demikian Itulah agama yang lurus . " ( Al- Bayyinah : 5 )

Wednesday, September 1, 2010

22 Ramadhan 1431 Hijrah



...........................................................

1 September merupakan hari yang ke 244(hari 245 dalam tahun lompat) dalam kalender gregory dan hari ke 22 Ramadhan(hari yang ke 262 dalam kalender hijrah). Maknanya kita telah berpuasa selama 21 hari dengan jayanya. Sekarang kita dalam fasa 10 terakhir Ramadhan Oh ya..... tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita...dan masih ada kesempatan tak agaknya kita bertemu Ramadhan yang akan datang (1432 Hijrah) hanya takdir tuhan yang menentukan.

Friday, August 27, 2010

Laksana Orang Asing atau Penyeberang jalan




Dari Ibnu 'Umar katanya.Rasulullah SAW memegang kedua bahu ku lalu bersabda:"Hendaklah engkau didunia ini laksana orang asing atau penyeberang jalan."lalu Ibnu 'Umar pada waktu itu berkata:"Apabila engkau berada di petang hari, janganlah kamu menanti-nanti subuh dan apabila engkau berada pada waktu Suboh janganlah engkau menanti-nanti waktu petang. Ambilah pada masa sihatmu ini untuk persiapan masa sakitmu dan pada masa hidupmu ini untuk masa kematianmu"


(Hadis Sahih diRiwayatkan Oleh Imam Bukhari

Dipetik dari Bulughul Maram)


Ya hidup umpama musafir, dan hendaklah kita bersikap saperti penyeberang jalan. Jangan kita hidup seolah-olah kita hidup kekal dan tidak akan mati. Aduh sekadar untuk renungan kita bersama dan berpesan untuk diri sendiri kiranya kita hendak buat kebaikan janganlah ditangguh-tangguh....buat lah semasa kita ingat dan mampu lakukan.
(17 Ramadhan 1431)

Thursday, August 26, 2010

Tanda kebesaran Allah



Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
dan pertukaran malam dan siang,

dan kapal yang belayar dilautan membawa benda
yang bermanfaat kepada manusia,

demikian juga pada air hujan yang diturunkan Allah dari langit,
lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi setelah matinya,

serta Dia biakan padanya dari pelbagai jenis binatang dan juga dari peredaran angin,
demikian pula awan yang tunduk terapung diantara langit dan bumi;

sesungguhnya semua itu merupakan tanda kebesaran Allah bagi kaum yang mahu menggunakan fikiran.

(Al-Baqarah 164)

Wednesday, August 25, 2010

Menyianyiakan Solat



Apabila kita dapat menunaikan solat maka bersyukurlah kita pada pencipta kita ALLAH SWT, ini bermakna Allah masih menyayangi kita sekira nya tidak dengan hidayah nya perkara yang kita lakukan dengan hanya mengambil masa tidak sampai 15 minit dalam masa 24 jam kita hidup amat berat untuk dilaksanakan.




Nabi bersabda akan datang satu zaman nanti golongan yang menyianyiakan solat.
Adalah lebih dasyat lagi kalau kita termasuk golongan yang ini, yaani golongan yang tidak mengerjakan solat langsung, mereka akan dimasukkan ke neraka Saqar. Dalam Al Quran disebut dalam surah Al Muddatshir ayat ke 43 (74:43)

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?"
Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat.

Semoga kita semua termasuk ahli keluarga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut.




15 Ramadhan 1431

Tuesday, August 24, 2010



Ibubapa sebagai penentu siasah anak-anak.
Jika dilihat kepada masalah sosial yang berlaku dikalangan generasi muda sekarang, kebanyakannya adalah disebabkan oleh kelonggaran ibubapa dalam mengawal tingkahlaku serta perhubungan anak-anak mereka. Memanglah banyak faktor yang mendorong kepada permasalahan ini tetapi ini semua dapat dikawal jika ibubapa mempunyai pengetahuan dalam kaedah mendidik dan mengawal tingkahlaku anak-anak..
Masih teringat kata-kata seseorang apabila bermuzakarah tentang negara islam beberapa tahun dulu, beliau memberi satu pandangan yang sangat bernas dan sehingga hari ini saya jadikan hujah pada orang lain mengenai hal yang sama, Katanya bagi membentuk sesebuah masyarakat perlu dimulakan dirumah kemudian barulah diteruskan pada masyarakat disekeliling. Beliau memberi satu contoh yang amat mudah katanya “ katalah seorang ayah dan ibu yang mendidik anaknya dengan berpakaian ala barat dan moden, selalu menonton program2 yang kebaratan dan selalu berhibur hujung minggu dgn berkaraoke serta makan pun ala-ala barat serta tak pernah pun menitikberatkan soal keagamaan saperti solat dan sebagainya berbanding sebuah keluarga yang mengamalkan cara hidup islam saperti sembahyang ,berpakaian menutup aurat selalu membaca AlQuran dirumah dan menjaga soal makan minum dan adab yang melambangkan seorang muslim yang patuh.- Kemudian diakhir bicara beliau bertanya sekira keluarga A dan B diberi pilihan melancung di dua tempat yang berbeza , satu menunaikan umrah ( Mekah dan Madinah) dan satu lagi ke Eropah (London, Perancis) tuan-tuan fikirlah sendiri pilihan keluarga A dan B .
Fikir-fikirkan lah saudara-saudara ku semua.

Monday, August 23, 2010

Hukum Meninggalkan Shalat

HUKUM MENINGGALKAN
SHALAT
Masalah ini termasuk salah satu masalah ilmu yang amat
besar, diperdebatkan oleh para ulama dahulu dan sekarang.
Imam Ahmad ibnu Hanbal mengatakan: “Orang yang
meninggalkan shalat adalah kafir, suatu kekafiran yang
menyebabkan keluar dari Islam. Diancam hukuman mati jika
tidak bertaubat dan tidak mengerjakan shalat.”
Sementara Imam Abu Hanifah, Malik dan Asy-Syafi’i
mengatakan: “Orang yang meninggalkan shalat adalah fasik
dan tidak kafir”. Namun, mereka berbeda pendapat mengenai
ancaman hukumannya, menurut Imam Malik dan Asy-
Syafi’i: “Diancam hukuman mati sebagai hadd”, dan menurut
Imam Abu Hanifah: “Diancam hukuman ta’zir1, bukan
hukuman mati”.
Apabila masalah ini termasuk masalah yang diperselisihkan,
maka yang wajib adalah dikembalikan kepada Kitab
Allah Subhannahu wa Ta'ala dan Sunnah Rasulullah
Shalallaahu alaihi wasalam. Karena Allah Subhannahu wa
Ta'ala telah berfirman:
“Tentang sesuatu apapun yang kamu perselisihkan, maka
putusannya dikembalikan kepada Allah.” (Asy-Syura: 10)

1 Hadd, ialah macam hukuman dalam Islam yang ketentuannya telah
diatur langsung oleh Al-Qur’an dan Sunnah. Adapun ta’zir, ialah
macam hukuman yang tidak diatur langsung atau belum diatur dalam
Al-Qur’an maupun Sunnah, tetapi diserahkan kepada Waliyyul amr
dengan mengikuti kaidah-kaidah tertentu. (Penerjemah).

Walau apa pun hukumnya yang jelas ia adalah perkara wajib
yang mesti dilakukan/tunaikan apabila kita mengaku sebagai
seorang islam.

Friday, August 20, 2010

Pencipta


Teringat pagi tadi tazkirah Radio di IKIM, antaranya jangan kita terkesima dengan alam tapi lihatlah pencipta alam ini yaani ALLAH SWT........

Ya-sin [80] Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu.

Ya-sin [81] Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

Allah Pencipta yang Bijak, penuh ilmu. Pencipta perlu kepada ilmu. Kehebatan ciptaan menunjukkan hebatnya ilmu Pencipta.
Perhatikan kepada diri kamu (Nasbun Nuraini Jilid 1, ms 63)
Ahli tariqat juga memikirkan sesuatu kejadian untuk mendekatkan diri mereka dengan Allah.

Az-Zariyat [21] Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Ar-Ruum [8] Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

Ya Allah kerdilnya diri ini, Ya Allah ampunilah diri ku yang banyak berdosa
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon rahmat-MU yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkanku"

Thursday, August 19, 2010

Kenangan kat Felda Trolak



Ini gambar semasa kursus Pengukuhan Pengurusan

Di Pusat Latihan Felda Trolek, Sungkai Perak.

Kalau tanya kursus yang best pernah dihadiri ...ini jawabnya yang kedua best selepas Janda baik beberapa tahun yang lepas(DARI SEGI AKTIVITILAH)Tapi keseluruhannya ini terbest. Sangat teruja dengan kerenah mereka-mereka itu, ditambah dengan urusetia yang sangat memahami dan saya kira profesional lah. Walaupun saya tak dapat ikut aktiviti Flying Fox kerana patah bahu tempoh hari tapi senaman pagi yang dikendali oleh Jurulatih berpengalaman sangat menarik.dapat pergi ke kolam air panas lah . Dalam kelas jangan tanyalah banyak manusia yang bergenetik E jadi sangat-sangat bising pui...pening lah En Sukri yang baik dan gentlemen serta sporting tu mengurus kami semua.Tapi masa terlalu singkat berlalu, empat hari tak terasa....alih-alih dah tamat. Anyway kalau ada sesiapa nak buat kursus dicadangkan tempat ini sangat ok.

satu perkataan yang popular diingati oleh peserta mudah saja..ANDA TIDAK BOLEH TAK MENGURUS, JADI ANDA PERLU MENGURUS.

Wednesday, August 18, 2010

Ya Allah Ampunilah aku.


Ya Allah, Engkaulah tuhan ku tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hamba Mu dan aku akan sentiasa mematuhi perjanjian Mu sesuai dengan kemampuan ku. Aku berlindung kepada Mu daripada kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengaku sekian banyak nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku, aku juga mengaku sekian banyak dosaku (kepadaMu), Oleh itu ampunilah dosa-dosa ku kerana tidak ada kuasa yang boleh mengampuni dosa kecuali Engkau.

Tuesday, August 17, 2010

Inside Kaabah


Riak

Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.”(Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.
Riak adalah tingkatan terendah daripada amalan. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan.

Aku menasihatkan diriku Aku menasihatkan rohaniku Aku menasihatkan hatiku .....Riak Dan Takabbur bukanlah "pakaian sifat hamba" yang tiada layak buat hambanya. Mudah-mudahan Allah jauhkan diriku dari sifat-sifat ini dalam kehidupanku khasnya didalam amal ibadahku ..di dalam perjalanan kerohanian ku kepadaNya Natijah Riak dan Takabbur Wahai Muridin ! Tertolak amalan2 solehmu yang naik terang seperti cahaya matahari hebatnya pada langgit ke 3 disebabkan di dalam amalanmu itu terkandung riak dan takabbur yang banyak. Nauzubillah....

Monday, August 16, 2010



Ini gambar kaabah sewaktu tahun 1950

sekarang ni dah lain...dah mewah..........

apakah hati kita boleh sekusyuk dulu???

bila menghadap dan berdiri didepan nya..

Rahmat ALLah SWT

Teringat kata-kata ustaz tazkirah semasa menunggu Solat Jumaat Masjid Jamek K.Lumpur Jumaat Lepas (13 ogos 2010)

Ustaz kata bulan ni kita tarbiah diri sebulan, ialah sewaktu nafsu kita tertunduk ,kerana tak makanlah kita dapt mematuhi suruhan dan arahan Allah. Nafsu ni kalau lapar baru dia tewas dan ustaz kisah kan nafsu berdialog dengan Allah.

Ustaz sentuh tentang baca surat khabar bertimbun boleh, tapi baca quran sehelai tak boleh, apa jenis manusia ni nanti kalau mati susun pulak quran tu dikeliling jenazah nya..bacakan quranlan masa hidup tak nak baca... aduh terpukullahh.

" Awak ingat dengan solat jumaat 2 rakaat ini nanti dapat memasukkan saudara-saudara ke surga ALLAH yang luas ,penuh dengan bidadari, mengalir sungai-sungai madu dan banyak lagi yang tak tergambar dingatan tuan-tuan, Jawab nya tidak kerna hanya kerna dengan rahmat ALLaH lah kita dapat masuk dalam surganya"

katanya lagi kita puasa hendaklah ikhlas kerana Allah SWT, tolak pasal nak kuruslah ... pasal kesihatanlah dan titek bengek yang lainlah ... yang utama kerana perintah nya...lah aku menunaikan ibadah puasa ini. Apa perlu banyak tanya ?? Allah berhak kerana dia lah kita hidup bernyawa...dapat menyedut udara keluar masuk dia yang menciptakan kita,dia yang mencipta segala-galanya.... katanya lagi tuan-tuan kita dicipta dari saripati tanah yang hina kemudian dia mengangkat darjat kepada sebaik-baik kejadian dengan mematuhi suruhan dan menjauhi larangan Allah. kalau kita ingkar dan melanggar arahan dan tidak mematuhi suruhan kita akan lebih hina daripada haiwan...tau... Yalah tak ada satu perintah Allah yang mengandungi keburukan...melainkan untuk kebaikan manusia sejagat.

Banyak lagi yang ustaz sampaikan ...sehingga ramai yang mengalirkan air mata...sayu
sayu..sayu sungguh syahdu aduhai meruntun jiwa ... maklumlah dibulan puasa ni tambah-tambah ustaz pun sebak sekali.....

Friday, August 13, 2010



3 Ramadhan 1431
(13 Ogos 2010)

Namun begitu ALLah SWT yang maha pemurah lagi maha penyayang tidak membiarkan manusia terus hanyut dalam kelalaian dan kealpaan. Allah sediakan Ramadhan sebagai agenda tarbiah selama sebulan bagi menyucikan jiwa, mendidikan jiwa agar terbina didalam diri manusia itu istilah TaKWA.

Pemupukan Takwa

Kehidupan duniawi selalu memperdayakan (rujuk Surah Ali'Imran 3:185 ; al-Hadid 57:20 : luqman 31:33 Fatir 35:5)

Sebahagian orang sampai terlupa fungsi kewujudannya,

lantaran terpesona dengan segala tarikannya.

Lalu dunia yang sementara ini berubah menjadi

tujuan, manakala akhirat yang kekal abadi diabaikan

memang demikianlah manusia....mudah lupa.



fikirkanlah .............



(dipetik dari buku Menyambut ramadhan

oleh Baharuddin Ayudin)

Tuesday, June 8, 2010

Mahkamah majestret...

salam semua, maaf x update blog, sibuk le!!

anyway semalam pergi kuantan ada kes mahkamah.
pengalaman baru masuk mahkamah le...
mula-mula kena panggil 5363 en..Ruhand....
so...jurubahasa baca pertuduhan...sekian...sekian...
kamu sekian jam...sekian waktu memandu tanpa cukai jalan dan insurance..
mengaku salah atau tidak?

ruhand: saya tak tahu nak mengaku salah atau tidak,
hakim: Macam mana
ruhand: saya x bawa motor tu puan hakim, saya dah jual 10 tahun dulu
hakim: ada dokumen jual beli?
ruhand : x de jual pada kawan.
hakim: ketepi dulu nanti panggil balik.

....hakim membicarakan orang lain dulu kat 5 org baru panggil balik

(ada seorang peguam yang mewakili syarikat berbisik dgn saya , jangan mengaku salah, bagi tahu puan hakim nak cari pemandu tu dulu. bla...bla..)

Jurubahasa panggil balik utk kali kedua,

Kali ini jurubahasa sebut nama pemandu seorang melayu Emely bin...ntah lupa awak mengaku salah atau tidak?

ruhand: saya dapat nota saman dari JPJ kuantan nama india (Candra segaran tapi kenapa ni nama melayu?)

hakim: Pendakwa raya JPJ apa ni ? mana betul?

Kertas saman jurubahasa ambil bagi hakim, hakim teliti angguk kepala,

Pendakwaraya JPJ: Ha..Ha.. tergagap saya silap ni?

Hakim: ok.. ketepi dulu... (bicara org lain dulu)

Masa tu pendakwayara JPJ tu meluru kearah saya dan minta keluar, dia pun suruh saya mengaku salah , dia kata dah tiga kali x selesai ni nanti hakim marah dan tarik lesen setahun (dia ugut dan bagi kita takut, saya pun kata ok lah kalau mcm tu saya mengaku aje, dia kata nanti merayu lah... Jadi saya ingatkan lain kali sape sape masuk mahkamah pendakwaraye suruh mengaku , baik jangan pasal nak senang keje dia eje)

Jurubahasa panggil kali ke tiga.
Baca lah pertuduhan...

Hakim: mcm mana kali ni nak mengaku ke tak?

ruhan: Ok lah saya mengaku salah tapi kerana cuai tak pastikan moto dah tukar nama, lain kali saya akan berhati2 dan akan cari candra segaran, kalau x jumpa akan buat laporan polis.

Hakim: baik lah, awak keje apa, ada anak berapa , isteri keje ke??

Saya pun jawab bla..bla..bla.. takut jugak pasal tanya mcm 2

dipendekan cerita..
hakim pun bagi keputusan

Hakim: dengan ini saya membebaskan awak dari semua pertuduhan dengan amaran.

saya pun tadah tangan depan hakim bersyukur, kahim senyum tapi pedakwa nampak macam berbulu aje.

Tuesday, April 20, 2010




Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan ku


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada penglihatan ku,


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada pendengaran ku,


Ya Allah, aku berlindung kepada MU dari kekufuran dan kepapaan,


Ya Allah, aku berlindung kepada MU dan kesengsaraan azab kubur,


Tiadalah Tuhan melainkan Engkau.






Friday, February 12, 2010

Milik siapa kerajaan pada hari ini?


· Ketahuilah jua bahawa Allah SWT telah menakluki seluruh hamba-nya dgn “maut”.Tidak ada sesuatu pun dari nya yang terhindar dari maut, baik malaikat muqarrab mahu pun para nabi semua nya gugur disisinya.
· Di samping itu Allah SWT juga akan mematikan Malaikat Maut dan akan memberi rasa dahsyat dimasa roh dicabut, sehingga ia berkata” Demi perkasaan mu, andaikata aku ketahui betapa dahsyat nya maut, nescaya aku enggan mencabut roh walaupun seorang.

Milik siapa kerajaan pada hari ini? Kepunyaan
Allah yang maha Tinggi lagi maha Perkasa!
(Al-mukmin 40:16)

Friday, January 8, 2010

Bala' bencana.


Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa.


(surah Asy-Syura 30)


Monday, January 4, 2010

Wahai tuhan yg membolak balikkan hati...



Wahai tuhan yang membolak balikkan hati tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu pertegohkanlah peganganku keatas jalan-Mu
kerana ku tahu ………………
Engkaulah pemilik hati yang hakiki tak mungkin ia berubah melainkan dengan izinMu tak mungkin ia berganjak melainkan dengan kehendakMu dan tak mungkin berpaling melainkan dengan 'kun fayakun' sebagai hamba yang daif aku redha, sedar dan insaf atas setiap apa yang telah Engkau suratkan buatku
HikmahMu ada dalam tiada dapat dirasa dalam sengsara dapat dikecap manisnya rasa walau tidak pasti arah tujuannya Aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu Wahai Tuhanku..............