Pemanasan global, perubahan cuaca dan iklim, pencemaran alam dan perubahan bentuk muka bumi akibat bencana alam yang besar serta krisis makanan secara global membuktikan kepada manusia bahawa perkaitan antara manusia dengan alam. Keburukan tingkahlaku manusia terhadap alam dan pembangunan menyebabkan alam sekitar semakin ‘uzur' dan ‘merajuk'. Hal ini pernah diingatkan oleh Allah s.w.t melalui surah al-Ruum, yang menceritakan kebinasaan yang berlaku pada alam disebabkan oleh tangan-tangan manusia. Juga melalui surah al-Ahzaab, ayat 72: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.Bencana apa lagi yang ingin dirasai manusia setelah pelbagai kemusnahan alam sekitar yang berlaku sebelum ini, memberi kesan yang sangat buruk kepada manusia. Alam hanya satu dan tiada galang gantinya.
No comments:
Post a Comment