salam semua, maaf x update blog, sibuk le!!
anyway semalam pergi kuantan ada kes mahkamah.
pengalaman baru masuk mahkamah le...
mula-mula kena panggil 5363 en..Ruhand....
so...jurubahasa baca pertuduhan...sekian...sekian...
kamu sekian jam...sekian waktu memandu tanpa cukai jalan dan insurance..
mengaku salah atau tidak?
ruhand: saya tak tahu nak mengaku salah atau tidak,
hakim: Macam mana
ruhand: saya x bawa motor tu puan hakim, saya dah jual 10 tahun dulu
hakim: ada dokumen jual beli?
ruhand : x de jual pada kawan.
hakim: ketepi dulu nanti panggil balik.
....hakim membicarakan orang lain dulu kat 5 org baru panggil balik
(ada seorang peguam yang mewakili syarikat berbisik dgn saya , jangan mengaku salah, bagi tahu puan hakim nak cari pemandu tu dulu. bla...bla..)
Jurubahasa panggil balik utk kali kedua,
Kali ini jurubahasa sebut nama pemandu seorang melayu Emely bin...ntah lupa awak mengaku salah atau tidak?
ruhand: saya dapat nota saman dari JPJ kuantan nama india (Candra segaran tapi kenapa ni nama melayu?)
hakim: Pendakwa raya JPJ apa ni ? mana betul?
Kertas saman jurubahasa ambil bagi hakim, hakim teliti angguk kepala,
Pendakwaraya JPJ: Ha..Ha.. tergagap saya silap ni?
Hakim: ok.. ketepi dulu... (bicara org lain dulu)
Masa tu pendakwayara JPJ tu meluru kearah saya dan minta keluar, dia pun suruh saya mengaku salah , dia kata dah tiga kali x selesai ni nanti hakim marah dan tarik lesen setahun (dia ugut dan bagi kita takut, saya pun kata ok lah kalau mcm tu saya mengaku aje, dia kata nanti merayu lah... Jadi saya ingatkan lain kali sape sape masuk mahkamah pendakwaraye suruh mengaku , baik jangan pasal nak senang keje dia eje)
Jurubahasa panggil kali ke tiga.
Baca lah pertuduhan...
Hakim: mcm mana kali ni nak mengaku ke tak?
ruhan: Ok lah saya mengaku salah tapi kerana cuai tak pastikan moto dah tukar nama, lain kali saya akan berhati2 dan akan cari candra segaran, kalau x jumpa akan buat laporan polis.
Hakim: baik lah, awak keje apa, ada anak berapa , isteri keje ke??
Saya pun jawab bla..bla..bla.. takut jugak pasal tanya mcm 2
dipendekan cerita..
hakim pun bagi keputusan
Hakim: dengan ini saya membebaskan awak dari semua pertuduhan dengan amaran.
saya pun tadah tangan depan hakim bersyukur, kahim senyum tapi pedakwa nampak macam berbulu aje.
Tuesday, June 8, 2010
Tuesday, April 20, 2010

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan ku
Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada penglihatan ku,
Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada pendengaran ku,
Ya Allah, aku berlindung kepada MU dari kekufuran dan kepapaan,
Ya Allah, aku berlindung kepada MU dan kesengsaraan azab kubur,
Tiadalah Tuhan melainkan Engkau.
Friday, February 12, 2010
Milik siapa kerajaan pada hari ini?

· Ketahuilah jua bahawa Allah SWT telah menakluki seluruh hamba-nya dgn “maut”.Tidak ada sesuatu pun dari nya yang terhindar dari maut, baik malaikat muqarrab mahu pun para nabi semua nya gugur disisinya.
· Di samping itu Allah SWT juga akan mematikan Malaikat Maut dan akan memberi rasa dahsyat dimasa roh dicabut, sehingga ia berkata” Demi perkasaan mu, andaikata aku ketahui betapa dahsyat nya maut, nescaya aku enggan mencabut roh walaupun seorang.
Milik siapa kerajaan pada hari ini? Kepunyaan
Allah yang maha Tinggi lagi maha Perkasa!
(Al-mukmin 40:16)

Friday, January 8, 2010
Bala' bencana.
Monday, January 4, 2010
Wahai tuhan yg membolak balikkan hati...
Wahai tuhan yang membolak balikkan hati tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu pertegohkanlah peganganku keatas jalan-Mu
kerana ku tahu ………………
Engkaulah pemilik hati yang hakiki tak mungkin ia berubah melainkan dengan izinMu tak mungkin ia berganjak melainkan dengan kehendakMu dan tak mungkin berpaling melainkan dengan 'kun fayakun' sebagai hamba yang daif aku redha, sedar dan insaf atas setiap apa yang telah Engkau suratkan buatku
HikmahMu ada dalam tiada dapat dirasa dalam sengsara dapat dikecap manisnya rasa walau tidak pasti arah tujuannya Aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu Wahai Tuhanku..............

Wednesday, December 30, 2009
Subhanallah... Kau Maha Pencipta

Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.
Tuesday, December 29, 2009
Doa Pendinding Dan Penggerak
Dengan Nama ALLAH, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi dan juga dilangit dan Dia Maha mendengar lagi maha mengetahui
Thursday, December 17, 2009
PEGANGAN YANG TERLEPAS
" Sesungguhnya akan terlepas pegangan Islam satu demi satu.Setiap terlepas salah satu pegangan, maka orang ramai akan berebut untuk bergantung kepada yang lain. Ada pun yang pertama kali terlepas adalah persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara solat"
Hadis Riwayat Imam Ahmad.
(Bersumber dari Umamah Al Bahili dari Nabi S.A.W)
Hadis Riwayat Imam Ahmad.
(Bersumber dari Umamah Al Bahili dari Nabi S.A.W)
Monday, December 14, 2009
Ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu ingkari
Hai kelompok jin dan manusia,jika kamu sekalian sanggup lari menorobos penjuru-penjuru langit dan bumi, teroboslah, kamu tidaklah dapat menorobosnya kecuali dengan kekuasaan (dari Allah) Lalu nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu ingkari?
Kepada kamu( jin dan manusia) dikirimkan bara menyala yang terlepas dari api tembaga berubah menjadi cairan api yang panas, Oleh kerana itu kamu ( jin dan Manusia) tidak dapat menyelamatkan diri(menang) Lalu nikmat tuhan kamu yang yang kamu ingkari.
(Ar-Rahman 33-36)

Friday, December 4, 2009
Alam Dan Manusia
Pemanasan global, perubahan cuaca dan iklim, pencemaran alam dan perubahan bentuk muka bumi akibat bencana alam yang besar serta krisis makanan secara global membuktikan kepada manusia bahawa perkaitan antara manusia dengan alam. Keburukan tingkahlaku manusia terhadap alam dan pembangunan menyebabkan alam sekitar semakin ‘uzur' dan ‘merajuk'. Hal ini pernah diingatkan oleh Allah s.w.t melalui surah al-Ruum, yang menceritakan kebinasaan yang berlaku pada alam disebabkan oleh tangan-tangan manusia. Juga melalui surah al-Ahzaab, ayat 72: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.Bencana apa lagi yang ingin dirasai manusia setelah pelbagai kemusnahan alam sekitar yang berlaku sebelum ini, memberi kesan yang sangat buruk kepada manusia. Alam hanya satu dan tiada galang gantinya.
Thursday, December 3, 2009
Cameron Highland
Kursus EMS 14001
Strawberry Park Resort
30.11 hingga 4.12.2009
Sayangi bumi kita.....hargai alam yang indah ....jangan cemarinya dengan kerakusan kenafsuan...duit..wang...pitih..money not eveything
Strawberry Park Resort
30.11 hingga 4.12.2009
Sayangi bumi kita.....hargai alam yang indah ....jangan cemarinya dengan kerakusan kenafsuan...duit..wang...pitih..money not eveything
Wednesday, November 25, 2009
Doa Dari Al-Quran
Ya Tuhan Ku,
(An-naml 19)
Bisikkanlah Ilham dihatiku untuk sentiasa mensyukuri nikmatMU yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua orang tua ku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau ridhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan para hambaMU yang soleh.
(An-naml 19)
Tuesday, November 24, 2009
Hari raya Eidul Adha
Selamat Hari Raya Eidul Adha
Selamat Hari Raya Eidul Adha
Pada Semua kekawan, Harap dapat iktibar drpnya
Yang mana hari wukuf diArafah
Diumpamakan,
Padang Arafah = padang mahysar
Pakaian ihram = Kain Kapan
Selamat Hari Raya Eidul Adha
Pada Semua kekawan, Harap dapat iktibar drpnya
Yang mana hari wukuf diArafah
Diumpamakan,
Padang Arafah = padang mahysar
Pakaian ihram = Kain Kapan
Ya ALLAH
Ya ALLAH,
Pencipta seluruh langit dan bumi,
Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
Tuhan yang memelihara segala sesuatu dan merajai segala sesuatu,
Aku bersaksi bahwa tiada sesembahan yang haq selain Engkau.
Aku berlindung kepada Mu dari kejahatan diriku, dan dari kejahatan syaitan dan kelompoknya, dan dari melakukan kejahatan terhadap diriku sendiri, atau menarik kejahatan itu kearah seorang muslim.
-------------------------------------------------------------------------------------------------Ahmad ibn Hambal, Al-Fathur-Rabbani,
Kitabul-Adzkar wad-Da'awat.

Subscribe to:
Posts (Atom)