Monday, September 26, 2011

Jadikan Kenangan

Kenangan Eidulfitri 2011

Rabbi auzi'nii an asykura

Rabbi auzi'nii an asykura ni'matakal latii an'amta 'alayyaa wa 'alaa waalidayya wa an a'mala shaalihan tardhaahu wa ashlih lii fii dzurriyatii innii tubtu ilaika wa annii minal muslimiina.


Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal shaleh yang Engkau ridhai. Berikanlah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.


Friday, August 26, 2011

Salam Ramadahan..

Allahuakbar.....skrg ni dah 26 Ramadhan..26 Ogos 2011 bermakna dah 26 hari kita berpuasa...
teringat tazkirah Uztaz Ghani Abd RAhman di MAsjid Jamek K.L minggu lepas........................
RAmai jemaah menangis di akhir tazkirah beliau...gara-gara Doa yg saya kira sangat2 berkesan
ya..lah dia berdoa dalam bahasa melayu...bahasa yang kita fahami....memang menyentuh perasaan
jemaah....itu lah kalau boleh ustaz2 kalau berdoa guna bahasa melayu....biar berkesan....kalau tak
...mcm tu jugak...sedap didengar tapi.................
Menyentuh tazkirah beliau ...satelah RAmadhan berlalu beberapa hari ni..dan akan berakhir adakah
ia telah berkesan dalam sanubari kita, atau hanya acara budaya..puasa...buka..lps tu tiada apa2...
YANG  PENTING PUASA KERANA ALLAH.....JGN KERANA LAIN-LAIN.
muhasabah diri ..berapa dah umur kita..kalau 60thn erapa hari lagi hidup...bnyak mana bekal dah ada
..... lepas al quran...kita jadikan bacaan harian tak? yg penting bagaimana amalan kita ikut alquran ???

Thursday, May 26, 2011

Friday, March 11, 2011

Tahun lepas.2010 diKedah

KURSUS INTEGRASI DI KEDAH

Wahai Tuhan Kami ,
Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,
 Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka

Jumaat
6 Rabiulakhir 1432
10 mac 2011


Wednesday, January 19, 2011

JAngan Lupa Asal Usul

 Jangan Lupa Asal Usul Untuk Selamat Di sana

1) Ya-sin [77] Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
AWALAM YARA = apakah kamu tidak melihat
Air yang hina
Mursalat [20] Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?
Kenapa manusia tidak lihat asal usul kejadian mereka?
Insan [2] Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat
At-Tariq [5] (Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: Dari apa dia diciptakan. [6] Dia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim); [7] Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan
Furqan [54] Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan) dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).

Tuesday, January 4, 2011

Doa Segala Penawar

ISTIQAMAH

Tiada seorang hamba pun yang dapat atau boleh melakukan amal kebaikan kecuali dgn taufik dan hidayah ALLAH. Sebaliknya tiada yang melakukan kejahatan kecuali ALLAH telah melepaskannya dari inayah dan taufik. Manusia tidak berdaya untuk menghendaki sesuatu kecuali dgn kehendak ALLAH, maka barulah ia dapat melaksanakannya . Perbuatan istiqamah bergantung kepada keinginan untuk beristiqamah, ALLAH menjadikan seseorang itu mendapat petunjuk dengan islam dan sesat dengan kekufuran,

Istiqamah bermaksud mengikut jalan yang lurus iaitu jalan yang Allah Ta'ala sediakan. Al-Hassan al-Basri berkata:" Demi Allah, Orang Arab tidak mungkin menganut islam melainkan setelah Allah Ta'ala memperkenankan mereka menganutnya.

Dipetik dari Tafsir Al-Munir
Dr. Wahbah al-Zuhaily,
m/s 89