Friday, August 27, 2010

Laksana Orang Asing atau Penyeberang jalan




Dari Ibnu 'Umar katanya.Rasulullah SAW memegang kedua bahu ku lalu bersabda:"Hendaklah engkau didunia ini laksana orang asing atau penyeberang jalan."lalu Ibnu 'Umar pada waktu itu berkata:"Apabila engkau berada di petang hari, janganlah kamu menanti-nanti subuh dan apabila engkau berada pada waktu Suboh janganlah engkau menanti-nanti waktu petang. Ambilah pada masa sihatmu ini untuk persiapan masa sakitmu dan pada masa hidupmu ini untuk masa kematianmu"


(Hadis Sahih diRiwayatkan Oleh Imam Bukhari

Dipetik dari Bulughul Maram)


Ya hidup umpama musafir, dan hendaklah kita bersikap saperti penyeberang jalan. Jangan kita hidup seolah-olah kita hidup kekal dan tidak akan mati. Aduh sekadar untuk renungan kita bersama dan berpesan untuk diri sendiri kiranya kita hendak buat kebaikan janganlah ditangguh-tangguh....buat lah semasa kita ingat dan mampu lakukan.
(17 Ramadhan 1431)

Thursday, August 26, 2010

Tanda kebesaran Allah



Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
dan pertukaran malam dan siang,

dan kapal yang belayar dilautan membawa benda
yang bermanfaat kepada manusia,

demikian juga pada air hujan yang diturunkan Allah dari langit,
lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi setelah matinya,

serta Dia biakan padanya dari pelbagai jenis binatang dan juga dari peredaran angin,
demikian pula awan yang tunduk terapung diantara langit dan bumi;

sesungguhnya semua itu merupakan tanda kebesaran Allah bagi kaum yang mahu menggunakan fikiran.

(Al-Baqarah 164)

Wednesday, August 25, 2010

Menyianyiakan Solat



Apabila kita dapat menunaikan solat maka bersyukurlah kita pada pencipta kita ALLAH SWT, ini bermakna Allah masih menyayangi kita sekira nya tidak dengan hidayah nya perkara yang kita lakukan dengan hanya mengambil masa tidak sampai 15 minit dalam masa 24 jam kita hidup amat berat untuk dilaksanakan.




Nabi bersabda akan datang satu zaman nanti golongan yang menyianyiakan solat.
Adalah lebih dasyat lagi kalau kita termasuk golongan yang ini, yaani golongan yang tidak mengerjakan solat langsung, mereka akan dimasukkan ke neraka Saqar. Dalam Al Quran disebut dalam surah Al Muddatshir ayat ke 43 (74:43)

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?"
Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat.

Semoga kita semua termasuk ahli keluarga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut.




15 Ramadhan 1431

Tuesday, August 24, 2010



Ibubapa sebagai penentu siasah anak-anak.
Jika dilihat kepada masalah sosial yang berlaku dikalangan generasi muda sekarang, kebanyakannya adalah disebabkan oleh kelonggaran ibubapa dalam mengawal tingkahlaku serta perhubungan anak-anak mereka. Memanglah banyak faktor yang mendorong kepada permasalahan ini tetapi ini semua dapat dikawal jika ibubapa mempunyai pengetahuan dalam kaedah mendidik dan mengawal tingkahlaku anak-anak..
Masih teringat kata-kata seseorang apabila bermuzakarah tentang negara islam beberapa tahun dulu, beliau memberi satu pandangan yang sangat bernas dan sehingga hari ini saya jadikan hujah pada orang lain mengenai hal yang sama, Katanya bagi membentuk sesebuah masyarakat perlu dimulakan dirumah kemudian barulah diteruskan pada masyarakat disekeliling. Beliau memberi satu contoh yang amat mudah katanya “ katalah seorang ayah dan ibu yang mendidik anaknya dengan berpakaian ala barat dan moden, selalu menonton program2 yang kebaratan dan selalu berhibur hujung minggu dgn berkaraoke serta makan pun ala-ala barat serta tak pernah pun menitikberatkan soal keagamaan saperti solat dan sebagainya berbanding sebuah keluarga yang mengamalkan cara hidup islam saperti sembahyang ,berpakaian menutup aurat selalu membaca AlQuran dirumah dan menjaga soal makan minum dan adab yang melambangkan seorang muslim yang patuh.- Kemudian diakhir bicara beliau bertanya sekira keluarga A dan B diberi pilihan melancung di dua tempat yang berbeza , satu menunaikan umrah ( Mekah dan Madinah) dan satu lagi ke Eropah (London, Perancis) tuan-tuan fikirlah sendiri pilihan keluarga A dan B .
Fikir-fikirkan lah saudara-saudara ku semua.

Monday, August 23, 2010

Hukum Meninggalkan Shalat

HUKUM MENINGGALKAN
SHALAT
Masalah ini termasuk salah satu masalah ilmu yang amat
besar, diperdebatkan oleh para ulama dahulu dan sekarang.
Imam Ahmad ibnu Hanbal mengatakan: “Orang yang
meninggalkan shalat adalah kafir, suatu kekafiran yang
menyebabkan keluar dari Islam. Diancam hukuman mati jika
tidak bertaubat dan tidak mengerjakan shalat.”
Sementara Imam Abu Hanifah, Malik dan Asy-Syafi’i
mengatakan: “Orang yang meninggalkan shalat adalah fasik
dan tidak kafir”. Namun, mereka berbeda pendapat mengenai
ancaman hukumannya, menurut Imam Malik dan Asy-
Syafi’i: “Diancam hukuman mati sebagai hadd”, dan menurut
Imam Abu Hanifah: “Diancam hukuman ta’zir1, bukan
hukuman mati”.
Apabila masalah ini termasuk masalah yang diperselisihkan,
maka yang wajib adalah dikembalikan kepada Kitab
Allah Subhannahu wa Ta'ala dan Sunnah Rasulullah
Shalallaahu alaihi wasalam. Karena Allah Subhannahu wa
Ta'ala telah berfirman:
“Tentang sesuatu apapun yang kamu perselisihkan, maka
putusannya dikembalikan kepada Allah.” (Asy-Syura: 10)

1 Hadd, ialah macam hukuman dalam Islam yang ketentuannya telah
diatur langsung oleh Al-Qur’an dan Sunnah. Adapun ta’zir, ialah
macam hukuman yang tidak diatur langsung atau belum diatur dalam
Al-Qur’an maupun Sunnah, tetapi diserahkan kepada Waliyyul amr
dengan mengikuti kaidah-kaidah tertentu. (Penerjemah).

Walau apa pun hukumnya yang jelas ia adalah perkara wajib
yang mesti dilakukan/tunaikan apabila kita mengaku sebagai
seorang islam.

Friday, August 20, 2010

Pencipta


Teringat pagi tadi tazkirah Radio di IKIM, antaranya jangan kita terkesima dengan alam tapi lihatlah pencipta alam ini yaani ALLAH SWT........

Ya-sin [80] Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu.

Ya-sin [81] Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

Allah Pencipta yang Bijak, penuh ilmu. Pencipta perlu kepada ilmu. Kehebatan ciptaan menunjukkan hebatnya ilmu Pencipta.
Perhatikan kepada diri kamu (Nasbun Nuraini Jilid 1, ms 63)
Ahli tariqat juga memikirkan sesuatu kejadian untuk mendekatkan diri mereka dengan Allah.

Az-Zariyat [21] Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Ar-Ruum [8] Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

Ya Allah kerdilnya diri ini, Ya Allah ampunilah diri ku yang banyak berdosa
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon rahmat-MU yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkanku"

Thursday, August 19, 2010

Kenangan kat Felda Trolak



Ini gambar semasa kursus Pengukuhan Pengurusan

Di Pusat Latihan Felda Trolek, Sungkai Perak.

Kalau tanya kursus yang best pernah dihadiri ...ini jawabnya yang kedua best selepas Janda baik beberapa tahun yang lepas(DARI SEGI AKTIVITILAH)Tapi keseluruhannya ini terbest. Sangat teruja dengan kerenah mereka-mereka itu, ditambah dengan urusetia yang sangat memahami dan saya kira profesional lah. Walaupun saya tak dapat ikut aktiviti Flying Fox kerana patah bahu tempoh hari tapi senaman pagi yang dikendali oleh Jurulatih berpengalaman sangat menarik.dapat pergi ke kolam air panas lah . Dalam kelas jangan tanyalah banyak manusia yang bergenetik E jadi sangat-sangat bising pui...pening lah En Sukri yang baik dan gentlemen serta sporting tu mengurus kami semua.Tapi masa terlalu singkat berlalu, empat hari tak terasa....alih-alih dah tamat. Anyway kalau ada sesiapa nak buat kursus dicadangkan tempat ini sangat ok.

satu perkataan yang popular diingati oleh peserta mudah saja..ANDA TIDAK BOLEH TAK MENGURUS, JADI ANDA PERLU MENGURUS.

Wednesday, August 18, 2010

Ya Allah Ampunilah aku.


Ya Allah, Engkaulah tuhan ku tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hamba Mu dan aku akan sentiasa mematuhi perjanjian Mu sesuai dengan kemampuan ku. Aku berlindung kepada Mu daripada kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengaku sekian banyak nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku, aku juga mengaku sekian banyak dosaku (kepadaMu), Oleh itu ampunilah dosa-dosa ku kerana tidak ada kuasa yang boleh mengampuni dosa kecuali Engkau.

Tuesday, August 17, 2010

Inside Kaabah


Riak

Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.”(Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.
Riak adalah tingkatan terendah daripada amalan. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan.

Aku menasihatkan diriku Aku menasihatkan rohaniku Aku menasihatkan hatiku .....Riak Dan Takabbur bukanlah "pakaian sifat hamba" yang tiada layak buat hambanya. Mudah-mudahan Allah jauhkan diriku dari sifat-sifat ini dalam kehidupanku khasnya didalam amal ibadahku ..di dalam perjalanan kerohanian ku kepadaNya Natijah Riak dan Takabbur Wahai Muridin ! Tertolak amalan2 solehmu yang naik terang seperti cahaya matahari hebatnya pada langgit ke 3 disebabkan di dalam amalanmu itu terkandung riak dan takabbur yang banyak. Nauzubillah....

Monday, August 16, 2010



Ini gambar kaabah sewaktu tahun 1950

sekarang ni dah lain...dah mewah..........

apakah hati kita boleh sekusyuk dulu???

bila menghadap dan berdiri didepan nya..

Rahmat ALLah SWT

Teringat kata-kata ustaz tazkirah semasa menunggu Solat Jumaat Masjid Jamek K.Lumpur Jumaat Lepas (13 ogos 2010)

Ustaz kata bulan ni kita tarbiah diri sebulan, ialah sewaktu nafsu kita tertunduk ,kerana tak makanlah kita dapt mematuhi suruhan dan arahan Allah. Nafsu ni kalau lapar baru dia tewas dan ustaz kisah kan nafsu berdialog dengan Allah.

Ustaz sentuh tentang baca surat khabar bertimbun boleh, tapi baca quran sehelai tak boleh, apa jenis manusia ni nanti kalau mati susun pulak quran tu dikeliling jenazah nya..bacakan quranlan masa hidup tak nak baca... aduh terpukullahh.

" Awak ingat dengan solat jumaat 2 rakaat ini nanti dapat memasukkan saudara-saudara ke surga ALLAH yang luas ,penuh dengan bidadari, mengalir sungai-sungai madu dan banyak lagi yang tak tergambar dingatan tuan-tuan, Jawab nya tidak kerna hanya kerna dengan rahmat ALLaH lah kita dapat masuk dalam surganya"

katanya lagi kita puasa hendaklah ikhlas kerana Allah SWT, tolak pasal nak kuruslah ... pasal kesihatanlah dan titek bengek yang lainlah ... yang utama kerana perintah nya...lah aku menunaikan ibadah puasa ini. Apa perlu banyak tanya ?? Allah berhak kerana dia lah kita hidup bernyawa...dapat menyedut udara keluar masuk dia yang menciptakan kita,dia yang mencipta segala-galanya.... katanya lagi tuan-tuan kita dicipta dari saripati tanah yang hina kemudian dia mengangkat darjat kepada sebaik-baik kejadian dengan mematuhi suruhan dan menjauhi larangan Allah. kalau kita ingkar dan melanggar arahan dan tidak mematuhi suruhan kita akan lebih hina daripada haiwan...tau... Yalah tak ada satu perintah Allah yang mengandungi keburukan...melainkan untuk kebaikan manusia sejagat.

Banyak lagi yang ustaz sampaikan ...sehingga ramai yang mengalirkan air mata...sayu
sayu..sayu sungguh syahdu aduhai meruntun jiwa ... maklumlah dibulan puasa ni tambah-tambah ustaz pun sebak sekali.....

Friday, August 13, 2010



3 Ramadhan 1431
(13 Ogos 2010)

Namun begitu ALLah SWT yang maha pemurah lagi maha penyayang tidak membiarkan manusia terus hanyut dalam kelalaian dan kealpaan. Allah sediakan Ramadhan sebagai agenda tarbiah selama sebulan bagi menyucikan jiwa, mendidikan jiwa agar terbina didalam diri manusia itu istilah TaKWA.

Pemupukan Takwa

Kehidupan duniawi selalu memperdayakan (rujuk Surah Ali'Imran 3:185 ; al-Hadid 57:20 : luqman 31:33 Fatir 35:5)

Sebahagian orang sampai terlupa fungsi kewujudannya,

lantaran terpesona dengan segala tarikannya.

Lalu dunia yang sementara ini berubah menjadi

tujuan, manakala akhirat yang kekal abadi diabaikan

memang demikianlah manusia....mudah lupa.



fikirkanlah .............



(dipetik dari buku Menyambut ramadhan

oleh Baharuddin Ayudin)